Saluran Mawar Serangkai – Sila Langgani【https://www.youtube.com/user/SerangkaiMawar】dengan bangganya mempersembahkan rakaman video daripada Mawa Rashid.
Mawa Rashid a.k.a Mawar Rashid adalah seorang gadis sensasi Malaysia yang semakin meningkat popularitinya di laman keek. Beliau bukannya setakat sahaja seorang gadis yang sangat cantik, namun juga lucu, gila-gila, dan kelakar.
Video spontan seperti buat-buat jatuh terlentang meniarap dan clumsy ntah berapa banyak, selain daripada video parodi, nyanyian, tarian, musical, Harlem Shake dan sebagainya.
Kawan baik kepada artis popular Emma Maembong dan Erin Malik, Mawa mempunyai beberapa adik beradik termasuk Arfan, Emilin, Ezzy, Indri dan Intan Rashid.
Tidak seperti Emma Maembong yang video keek beliau telah dimuat balik di berpuluh-puluh saluran youtube, video rakaman Mawa Rashid atau Erin Malek kurang mendapat sambutan daripada pemilik2 saluran youtube.
Oleh yang demikian, saluran ini akan dikhaskan untuk memuat balikkan suntingan video daripada Mawa Rashid dan adik beradik beliau Arfan, Emilin, Ezzy, Indri, Intan dan juga kawan-kawan karibnya seperti Erin Malek dan sebagainya. Memandangkan sudah terlalu banyak saluran youtube yang memuatbalikkan video Emma, maka penyelenggara saluran “Laman Peminat” atau fan page ini tidak perlu menayangkan video daripada Emma atau Chacha Maembong.
Saksikanlah rakaman video-video Mawa Rashid, adik beradik dan teman-teman serangkainya yang telah disunting khas dari laman tersebut.
Nota:
Kenapa video-video perlu dimuat balik ke laman Youtube?
Kelebihan YouTube adalah bahawa ia boleh dimainkan pada berbagai platform dan sistem operasi. Video di laman YouTube akan mendapat lebih banyak sambutan daripada laman-laman yang lain seperti keek, instagram, tumbler dan sebagainya.
YouTube juga akan melancarkan satu ciri baru sebagai sebahagian daripada aplikasi YouTube untuk Android dan IOS yang akan membolehkan pengguna untuk menonton kandungan video untuk tempoh yang singkat, walaupun sambungan internet buat sementara waktu. Dengan ciri ini, jika pengguna mengalami kehilangan sambungan, mereka masih akan dapat menonton video yang mereka telah dimasukkan ke dalam peranti mereka untuk tempoh masa yang terhad sehingga 48 jam.
Post time: Feb-04-2017